
TAKZIAH BUAT PENASIHAT VETERAN TUDM DATO' ZULHASNAN
| KUALA LUMPUR
25 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengucapkan
takziah kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique
ekoran kematian bapa mertuanya, Abdul Razak Mohamed, 83. Abdul Razak yang meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi akibat sakit tua disembahyangkan di Masjid Taman Setiawangsa sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara, Damansara pada pukul 1.00 tengah hari. Menurut kenyataan Kementerian Wilayah Persekutuan, ucapan takziah itu disampaikan oleh Perdana Menteri yang menghubungi Zulhasnan hari ini. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Khadijah Mohamad, 64, dan tiga orang anak. Isteri Zulhasnan, Datin Seri Noriah Anna Razak merupakan anak sulung. |