Cadangan untuk menubuhkan Pertubuhan Veteran Tentera Udara Di Raja Malaysia bermula dengan perjumpaan tidak formal oleh beberapa orang bekas Pegawai Waren dan Ahli Ahli terkanan di Wisma Bintara Kuala Lumpur. Hasil dari perbincangan , satu kata sepakat di terima dan ahli Ahli Jawatan Kuasa kerja di tubuhkan.

Pada 27 Julai 2002, bertempat di Wisma Bintara TUDM Subang, satu majlis "SIREH PULANG KEGANGGANG" telah diadakan. Seramai 287 bekas anggota LLP dan Pegawai Tauliah dari LLP dari seluruh Semenanjung hadir dimana di malam bersejarah itu satu mandat telah diberi dengan perlantikan Pro Tem Komiti untuk menrealisasikan kewujudan Pertubuhan Veteran TUDM.

Pro Tim Komiti bersidang dari masa ke semasa dimana satu Undang Tubuh Pertubuhan telah  dirangka dan pada 02 September 2002 Undang Tubuh di majukan ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia di Shah Alam untuk kelulusan.

Pada 08 November 2002. Pertubuhan ini telah diluluskan dan watikah disempurnakan oleh YB Dato' Chor Chee Heang, Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri di majlis Kursus Pengurusan Pertubuhan dan penyampaian Sijil  Pendaftaran Pertubuhan di Subang Villa Hotel pada 19 Oktober 2002.

Satu Mesyuarat Penubuhan (Penaja) telah diadakan di TUDM Kuala Lumpur dimana seramai 25 orang Ahli Jawatan Kuasa Induk telah dilantik . Didalam menyuarat tersebut Pegawai Waren Bersara Mohamad Nasir bin Awang telah di lantik sebagai Presiden Veteran TUDM yang pertama yang memegang jawatan itu sehingga tahun 2006 apabila beliau bersara dimana jawatan Presiden sekarang di ambilalih oleh  Lt Kol Bersara Zakaria bin Mohd Yusuf sehingga kini.